KHIDMAT KOMUNITI

Khidmat Sosial: Budak Hilang!
Dear All, At 2pm of 7 Jan 2010 , my colleague received a phonecall from her nursery that they have lost her daughter, aged 8, Malay at Sri Damansara area. Her name is Nurul Lyana. Nurul was out to buy ice-cream together with another little girl at around 12pm , but didn’t go back to her nursery after that. As told by the other girl, an unknown makcik brought Nurul to see puppy cat. Please forward this to as many as you could, we need to save her!!! Please help If you have any information, please call me at 012-3877510 or Esther at 012-660 6052. Thanks Huang Lee Meng Gadang Holdings Bhd

Selasa, 22 Disember 2009

Mari Bergotong Royong

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA &
PROGRAM CUCI KERETA AMAL 2009

  • TARIKH : 26hb DISEMBER 2009
  • LOKASI : MASJID AL-HUDA KG PAYA JARAS SG BULOH
  • MASA : 7.30am - 12 Tgh Hari

  • AKTIVITI :
  • a) Membersih Kawasan Persekitaran Masjid
  • b) Mengecat Bahagian Luaran Bangunan Masjid
  • c) CUCI KERETA AMAL (RM 10 bagi setiap kereta, cuci luaran sahaja)

Pihak masjid juga sedang menawarkan program saham akhirat (Waqaf Masjid).
Waqaf ini bertujuan untuk pihak masjid membeli:-
  1. Permaidani/carpet baru untuk dewan solat
  2. Membeli cat dan peralatan yang sewajarnya.
  3. Pembesaran bangunan masjid.
Pakej waqaf yang ditawarkan : RM 25 untuk 1 bahagian / lot saham.
Orang ramai yang berminat bolehlah memdapatkan borang penyertaan dan menhubungi pihak masjid untuk maklumat lanjut.

Nazir Masjid : En Aminuddin Hj Amir Hussin : 016- 335 9234
Tim Nazir : Hj Shahril Bin Amiruddin : 019-611 5368

Tuan/puan semua dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan gotong royong tersebut.

ISTIMEWA
Para petugas yang hadir awal akan menerima hadiah sehelai T-Shirt PERCUMA. T-shirt adalah terhad..

Lawatan ke Masjid al-Ghufran TTDI

Mulanya terdetik di kalangan ahli jawatankuasa masjid, untuk pergi mengunjungi masjid-masjid contoh yang lain, supaya dapatlah mengembangkan horizon minda. Dan antara masjid yang dirasakan dan disuarakan ialah Masjid Al-Ghufran TTDI.

Terkesima juga seketika melihat kawasan masjid tersebut yang tidaklah sebesar mana, tapi tinggi bertingkat-tingkat. Masjid ini bolehlah dikatakan satu masjid contoh kerana inilah satu-satunya masjid yang menjadi 'one-stop center' yang ideal; selaras dengan tuntutan agama, supaya masjid itu menjadi pusat aktiviti manusia.

Antara prasarana yang terdapat dalam masjid ini termasuklah;

a) DEWAN SOLAT - dewan solatnya sederhana sahaja, tidaklah terlalu besar, tetapi kemas dan hiasannya simple. menggunakan sliding door berkaca yang terdapat khat padanya, paris plaster design di hadapan, lampu berwarna kekuningan yang serasi dengan karpet masjid dan perabotnya menyerlahkan lagi keindahan dalaman masjid ini....

b) DEWAN MAKAN - dewan makan di sini boleh memuatkan maksimum seribu orang jika tidak silap, sesuai juga diadakan walimatul urus dan majlis-majlis seumpamanya, tentang masakan, masjid mempunyai kateringnya yang tersendiri....

c) SEKOLAH RENDAH AGAMA - di tingkat atas, terdapat ruangan sekolah rendah agama, ini sangat bagus bagi merapatkan anak-anak dengan masjid, apabila sekolah mereka sendiri di dalam masjid..

d) CONFERENCE ROOM - ya, conference room!!

e) HOTEL - inilah suatu yang mengkagumkan, masjid ini ada HOTEL! serendah RM75 untuk family suite, memang tidak dijangkal hotelnya selesa & sangat berpatutan.. biasanya pada sepuluh malam akhir Ramadhan, penuhlah bilik-bilik di sana ditempah insan-insan yang mahu terus menerus beriktikaf di masjid, menegejar ganjaranNya...

Selain perkara-perkara di atas, masjid ini juga menempatkan rumah imam, kafe, dan ruangan khas mengasuh anak-anak menghafal Al-Quran. Bagaimana ia menjadi one stop center??

a) Apabila sepasang mempelai melangsungkan pernikahan di masjid itu, saudara-mara yang jauh boleh menginap di hotel sana, begitu juga dengan pengantin. Kenduri-kendara boleh terus diadakan di dewan makan masjid keesokan harinya. Dengan ini, pasti lebih Islamik dan terjaga, masuk waktu solat, kedengaran azan, semuanya menunaikan solat. Kalau kenduri-kendara di rumah kan tidak begitu.

b) Para pemandu lori yang memandu dengan jarak yang sangat jauh, singgah sahaja di masjid Ghufran ini, tempah sebuah bilik untuk seorang sahaja, bolehlah menyegarkan badan & berehat sebentar, dan apabila berkuamndang azan, sama-sama bersolat berjemaah.

Indah kan konsep masjid ini. Tahniah kepada pengurusan Masjid Al-Ghufran TTDI :)