KHIDMAT KOMUNITI


Khidmat Sosial: Budak Hilang!
Dear All, At 2pm of 7 Jan 2010 , my colleague received a phonecall from her nursery that they have lost her daughter, aged 8, Malay at Sri Damansara area. Her name is Nurul Lyana. Nurul was out to buy ice-cream together with another little girl at around 12pm , but didn’t go back to her nursery after that. As told by the other girl, an unknown makcik brought Nurul to see puppy cat. Please forward this to as many as you could, we need to save her!!! Please help If you have any information, please call me at 012-3877510 or Esther at 012-660 6052. Thanks Huang Lee Meng Gadang Holdings Bhd

Khamis, 6 Mei 2010

KEM TAHSIN (SMART) SOLAT

Kem Tahsin(Smart)Solat 2010 akan dianjurkan oleh Masjid Bandar Baru Sg Buloh dengan harapan mendidik remaja berakhlak.

Budaya melaksanakan ibadat Solat di kalangan remaja dewasa ini semakin berkurang.Keadaan ini amat membimbangkan kerana kesannya ialah mereka semakin jauh daripada ajaran Islam, termasuk tidak menghormati kedua ibu dan bapa dan mudah terjebak dengan gejala sosial dan maksiat.

Justeru itu, dengan penganjuran Kem Tashin(Smart) Solat, ianya diharapkan dapat meningkatkan kecintaan terhadap Allah, sekaligus dapat melahirkan remaja berakhlak mulia.

Objektif utama Kem Tahsin(Smart) Solat ini adalah
  • Membimbing peserta perkara-perkara berkaitan dengan amalan harian dalam agama Islam khususnya Solat
  • Membimbing peserta dalam pengisian Solat(secara lengkap samada memalui perbuatan,bacaan, doa berserta maksudnya.
  • Membimbing peserta cara melakukan Solat yang betul sebagaimana yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW
  • Melatih kaedah dan teknik menghafal ayat-ayat lazim dengan betul & berkesan.

Konsep yang akan diterapkan dalam Kem Tahsin(Smart) Solat ini adalah lebih kepada latihan amali(70%) dan ceramah (30%).Kebanyakan latihan amali akan dilakukan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan akan mempunyai ahli diantara 10 hingga 15 orang.

Sasaran utama Kem Tahsin(Smart) Solat ini adalah murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Kem Tahsin(Smart)Solat ini akan diadakan dalam tiga(3) siri dimana siri pertama(1) akan diadakan pada 6,7 &8 Jun 2010(Ahad,Isnin dan Selasa)

Siri Kedua(2) pula akan diadakan pada 1,2 & 3 Oktober 2010 dan siri ketiga(3) akan diadakan pada 6,7 & 8 Disember 2010.

Lokasi untuk ketiga-tiga siri ini akan diadakan di dewan solat(sebelah atas) Masjid Bandar Baru Sg.Buloh

Yuran penyertaan untuk Kem Tahsin(Smart) Solat ini adalah sebanyak RM 150.00 yang merangkumi bahan pembelajaran seperti nota, folder & sijil penyertaan dan termasuk juga penyediaan makanan & minuman dan juga penginapan sepanjang kem ini dijalankan.

Pihak penganjur juga telah mengenalpasti fasilitator-fasilitator yang berpengalaman & berwibawa untuk membimbing para pelajar semasa kem ini dijalankan.

Untuk keterangan lanjut, silat hubungi pejabat Masjid Bandar Baru Sg.Buloh di talian 03-6157-2174 atau 013-244-9459

Petikan Hadis Riwayat Abu Daud
"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan solat sewaktu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka sesudah mereka mncapai usia sepuluh tahun serta pisah-pisahkanlah tempat tidur antara mereka"