KHIDMAT KOMUNITI


Khidmat Sosial: Budak Hilang!
Dear All, At 2pm of 7 Jan 2010 , my colleague received a phonecall from her nursery that they have lost her daughter, aged 8, Malay at Sri Damansara area. Her name is Nurul Lyana. Nurul was out to buy ice-cream together with another little girl at around 12pm , but didn’t go back to her nursery after that. As told by the other girl, an unknown makcik brought Nurul to see puppy cat. Please forward this to as many as you could, we need to save her!!! Please help If you have any information, please call me at 012-3877510 or Esther at 012-660 6052. Thanks Huang Lee Meng Gadang Holdings Bhd

Khamis, 18 Jun 2009

Karnival Masjid 2009 "Ilmiah & Ibadah"


KARNIVAL MASJID
BANDAR BARU SG BULOH, SELANGOR

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI




























Sg Buloh
, Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan akan menganjurkan satu Karnival Masjid berbentuk ilmiah & ibadah. Tentatif Karnival tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 17hb - 19hb Julai 2009
Lokasi : Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Jalan 3/2, Fasa 3, Bandar Baru Sg Buloh, 47000 Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan.

Perasmian oleh : Y.A.B. TAN SRI DATO' ABD KHALID BIN IBRAHIM
P.S.M. D.P.M.S D.S.A.P (Dato' Menteri Besar Selangor Darul Ehsan)
(
18hb Jul 2009- Sabtu jam 3.00pm)

Persembahan Nasyid oleh: Kumpulan Rabbani

Agenda Karnival:

17hb Julai 2009 (Hari Pertama)
  1. 11.30am - Program Derma Darah
  2. 3.00pm - Majlis Ikhtifal, Tilawah al-Quran, Hafazan & Berzanji.
  3. 8.00pm - selepas solat maghrib, Forum Bicara Ad-Deen, (Ust Wan Ji Wan Hussin - Moderator, Ust Hassan Basri -Ahli Panel (1) & Ust Kamal Ashaari- Ahli Panel (2)
18hb Julai 2009 (Hari kedua)
  1. 6.25am - Kuliah Subuh Istimewa oleh AF Ust Malek Salleh (Tafsir al-Quran Sunnah)
  2. 8.30am- Slot Asnaf- Pertandingan Mewarna (kanak-kanak)
  3. 9.00am- Persembahan Nasyid Istimewa dari Kumpulan Rabbani
  4. 10.00am- Kursus Haji Istimewa oleh Af Dato' Ust Hj Md. Daud Che' Ngah (Umum).
  5. 01.15pm - Solat Zuhor & rehat
  6. 2.00pm - Pertandingan Nasyid Perdana
  7. 3.00pm - Majlis Pelancaran & Perasmian oleh YAB TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM.
  8. 6.00pm - Penyampaian Hadiah
  9. 8.00pm - Forum Perdana Istimewa oleh Lembaga Zakat Selangor. Penceramah, AF Ust Abadi - Moderator, Ust Uda bin Kasim - Ahli Penal 1 & Ust Halim Din - Ahli Penal 2. (Tahun Zakat Selangor)
19hb Julai 2009 (Hari ke 3)
  1. 6.25am - Kuliah Subuh Special
  2. 8.30am - Pesta Kuiz Perdana
  3. 10.00am - Kuliah Dhuha (Program Smart Solat)
  4. 11.00am - Motivasi Keluarga Islam (Asnaf & LZS)
  5. 1.15pm - Solat Zuhor & Rehat
  6. 2.00pm - Pertandingan memasak & mengayam ketupat (wanita)
  7. 5.30pm - Penyampaian hadiah kepada para pemenang
  8. 8.00pm - Diskusi Perdana sempena Isyrak & Mikhraj oleh - Ust Ghazali Omar-Moderator, Ust Fadhlullah Shuib- Ahli penal 1 & Af Dr Ust Azhar Yaakob.
Menarik.
  1. Pelbagai gerai & booth jualan ( 250 - 300 gerai)
  2. Galeri Mais & Jais
  3. Booth kaunter daftar pengundi - SPR
  4. Galeri I Luv Islam.Com
  5. Gerai LZS
  6. Dll
DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.

Tempahan Gerai dan pertanyaan:

  • Seikh Ismail Dan 013-209 2827
  • Hj Mohd Tajuddin (Nazir) 019-276 6311

Selasa, 31 Mac 2009




MAIS sedia serah semula pentadbiran 7 masjid

Kariah akan dibenar ambil alih urus tadbir dengan syarat semua kes saman ditarik balik

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menyerahkan semula tujuh masjid serta dua surau yang ditadbir mereka selepas diambil alih daripada kariah rumah ibadat berkenaan, dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Mais, Abdul Halem Hapiz Salihin dalam kenyataannya yang difakskan ke Berita Harian, semalam, berkata itu akan dilakukan jika semua saman yang difailkan kariah terhadap Mais, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahli Jawatankuasa (AJK) lama serta Kerajaan Selangor, ditarik balik.

Tujuh masjid berkenaan ialah Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh; Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya; Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya; Masjid Mujahideen, Damansara Utama; Masjid Al-Mukarramah, Bandar Seri Damansara; Masjid Al-Munawarrah, Seksyen 27 Shah Alam dan Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong, manakala dua surau pula membabitkan Al-Madaniah, USJ 18, Subang Jaya dan Ar-Rahman, Seksyen 8, Shah Alam.

Kenyataan itu juga menyebut keputusan itu dibuat dalam Persidangan Mais kelmarin dipengerusikan Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

"Turut diputuskan ialah, selain mematuhi peruntukan Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 (Pindaan) 2001, pandangan ahli kariah sesuatu masjid atau surau untuk pemilihan pegawai serta AJK masjid hendaklah diambil kira.

"Mais turut menetapkan kriteria baru untuk pemilihan calon pegawai masjid serta AJK masjid dengan menambahbaik syarat kelayakan seperti umur calon, tinggal tetap dalam kariah masjid, akhlak mulia selain kelayakan minimum," katanya.

Pada masa sama, Mais turut bersetuju mengekalkan jawatan Pengurus, Timbalan Pengurus dan Penolong Pengurus sebagai imam, bilal dan siak manakala pelantikan nazir serta AJK baru hendaklah mengikut peruntukan Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 (Pindaan) 2001.

Beliau berkata, persetujuan Mais untuk menyusun semula jawatankuasa di bawah seliaan Mais ialah untuk penambahbaikkan mengikut kepakaran dan pengalaman ahli yang dilantik selaras dengan prinsip ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Katanya, ia juga bertujuan untuk mengelakkan pertindihan fungsi, perselisihan kepentingan dan sebagai langkah interim untuk menambahbaik struktur dan perjalanan organisasi Mais.

Kenyataan itu juga menyebut Mais bersetuju untuk mencelah dalam permohonan semakan kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catholik Archbishop terhadap Menteri Keselamatan Dalam negeri dan Kerajaan Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan dibuat oleh orang bukan Islam.

"Mais akan mencelah untuk menyatakan bantahan terhadap permohonan itu dan sudah melantik peguam untuk mewakili Mais.

"Selain itu, Mais turut bersetuju dengan keputusan mesyuarat Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak/Sivil kali ke 18 yang memutuskan supaya orang bukan islam yang hendak memeluk Islam tidak perlu memaklumkan kepada mereka sebelum memeluk Islam, melainkan secara sukarela," katanya.

Satu lagi kata putus penting dibuat dalam Persidangan Mais kelmarin ialah terus mempertahankan kedaulatan institusi raja dan kesucian agama Islam selain menjunjung taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai ketua agama Islam negeri itu.

- Berita Harian

Ahad, 18 Januari 2009

KELAB DAKWAH MBBSB

Sasaran: Remaja (Lelaki & Wanita)

PANDUAN & MATLAMAT (CADANGAN)


1. PENGERTIAN DAKWAH
Dakwah bermaksud menyeru dan memanggil. Dakwah yang dimaksudkan di sini ialah seruan
kepada manusia untuk menerima Islam dan seruan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Dalilnya ialah firman Allah:
Maksudnya:
Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan kebajikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Justeru, hakikat dakwah sebenarnya ialah amar makruf, nahi munkar.

2. PENDEKATAN DAKWAH DENGAN LIDAH
Al-Quran menjelaskan, pendekatan dakwah yang perlu dilakukan ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Allah berfirman:

Maksudnya:
Berdakwahlah kamu ke arah jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Hikmah mempunyai dua maksud iaitu kebijaksanaa dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan juga bermaksud sunnah Nabi saw. Nasihat yang baik pula adalah dengan -menggunakan lidah. Bergitu juga berbahas dan berdebat memerlukan kemahiran berbicara. Di sinilah pentingnya pendekatan dakwah menggunakan lidah.

3. PENDEKATAN DAKWAH DENGAN QUDWAH
Pendekatan yang asas dalam berdakwah ialah dengan qudwah atau tunjuk ajar. Ini kerana manusia lebih terpengaruh dengan apa yang dibuat berbanding apa yang didengar. Justeru itu, para anbiya yang membawa dakwah Islam ke seluruh umat ditarbiyah oleh Allah untuk menjadi manusia terbaik yang boleh diikuti oleh manusia. Pendekatan ini menuntut pendakwah menghiasi diri dengan dua perkara iaitu:-
1. AMAL 2. AKHLAK

3.1 AMAL PENDAKWAH
Amal para pendakwah perlu digilap Justeru pendakwah mesti menampilkan diri mereka sebagai:-

a) Seorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat terhadap persoalan ghaib iaitu hakikat alam akhirat, syurga dan neraka dan keyakinan pada janji-janji Allah seperti janji rezeki dan kemenangan Islam.

b) Seorang yang prihatin dengan ibadah-ibadah khusus iaitu solat lima waktu, puasa wajib, zakat dan haji.

c) Seorang yang prihatin dengan amalan-amalan sunat seperti solat rawatib, solat dhuha, solat malam, puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.

3.2 AKHLAK PENDAKWAH
Akhlak pendakwah juga perlu dibina. Justeru pendakwah perlu dilihat sebagai:-

a) Seorang yang amanah, merendah diri, pemalu, pemaaf dan tidak lekas marah.
b) Seorang yang menjaga lidah.
c) Seorang yang mencintai dan meyayangi orang lain
d) Seorang yang mengutamakan kepentingan orang lain dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebajikan .

4. DAKWAH DENGAN MENGGUNAKAN LIDAH
Dakwah dengan lidah memerlukan pendakwah menghiasi diri dengan beberapa perkara iaitu:

a) Ilmu tentang perkara yang ingin disampaikan.
b) Kepetahan lidah dalam menyampaikan dakwah.
c) Bijak dalam mengukur dan melihat tahap ilmu sasaran dakwah.
d) Bijak menggunakan pendekatan penyampaian yang sesuai berdasarkan sasaran dakwah.

5. RUANG DAKWAH DENGAN LIDAH
Antara ruang-ruang dakwah dengan lidah yang boleh dimanfaatkan ialah:

a) Nasihat menerusi perbualan dan pergaulan seharian
b) Tazkirah ringkas pada waktu-waktu yang bersesuaian. Antaranya dengan membaca buku-buku nasihat agama yang sesuai pada kesempatan yang terluang seperti selepas solat waktu di surau dan masjid.
c) pertemuan dalam kumpulan kecil (usrah)
d) Ceramah, forum dan seminar di rumah, pejabat, masjid dan surau.

6. DAKWAH DENGAN PENULISAN
Dakwah dengan penulisan juga adalah sebahagian dakwah yang berkesan dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan ialah:

a) menulis tazkirah ringkas untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
b) mencetak bahan-bahan nasihat yang diperolehi menerusi sumber-sumber yang dipercayai.
c) menggunakan ruang teknologi maklumat seperti email, blog dan web.
d) menggunakan ruang penulisan dalam akhbar seperti surat pembaca dan lain-lain.

PANDUAN & MATLAMAT (CADANGAN)

a) Dakwah merupakan tuntutan utama didalam Islam. Dakwah harus berkembang walau dalam apa cara sekalipun. Oleh itu Kelab Dakwah yang sasarkan kepada golongan remaja amat penting pada hari ini kerana masalah sosial dan kerosakan akhlak dikalangan remaja sudah tidak dapat dibendung lagi.

b) Kelab Dakwah harus menjadi pemangkin generasi akan datang dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Aktiviti tersebut tidak hanya tertumpu kepada aspek keagamaan sahaja, ianya boleh dipelbagaikan sesuai dengan kehendak remaja masa kini.

c) Pihak bertanggungjawab harus mula mendidik dan memperkenalkan kepada para remaja cara-cara untuk berdakwah agar dakwah yang disampaikan benar-benar efektif dan memberi kesedaran yang berpanjangan.

d) Mewujudkan perhubungan berbagai hala antara kaum Islam dan bukan Islam dalam dan luar negara, dengan adanya hubungan erat, persefahaman dan pendedahan global ianya diharap dapat merangsang anjakan paradigma generasi remaja kini dan akan datang.

e) Kelab Dakwah dilihat mampu menarik minat anak-anak muda untuk sama-sama berusaha didalam memperjuangkan bangsa dan agama itu sendiri. Wujudkan kem-kem motivasi atau riadah yang boleh disertai dengan semua golongan masyarakat seperti masyarakat cina dan india.

f) Penghargaan, pengorbanan masa dan galakan berterusan dari ibubapa harus dititikberatkan agar kaum remaja dapat bergiat aktif dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi.

7. PENUTUP
Para pendakwah perlu meletakkan kerja dakwah sebagai satu usaha mendapatkan redha Allah. Dengan itu mereka perlu bertindak menurut kehendak Allah. Jika tidak amal dakwah hanya akan menjadi sia-sia.